SELAMAT DATANG

***SELAMAT DATANG KE BLOG 5S PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH SABAK BERNAM***

flash app

Tarikh

Pengenalan

PRAKATA

Seiring dengan langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, terdapat usaha-usaha untuk memantapkan pengurusan jabatan melalui pengenalan Amalan 5S.

Amalan 5S merujuk kepada pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik. Amalan 5S dapat membantu warga Jabatan/Agensi bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa.

Panduan Amalan 5S merupakan satu kaedah bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun. Jika Amalan 5S dilaksanakan ianya akan meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan tempat kerja ke arah yang lebih baik di samping dapat mengurangkan pembaziran.

Komitmen dan penglibatan warga Jabatan/Agensi dalam pelaksanaan Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti Jabatan/Agensi. Amalan 5S akan membentuk disiplin diri yang baik, semangat kerja berpasukan di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempat kerja.



LATAR BELAKANG              

Konsep amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan